"welcome to my blog lovelies :D make sure to only says nice things in my blog okay babe? please scroll down and have fun with my decent blog! love you guys xoxo!"

09 March 2014

Banyak Cerita

Dajia hao, wo shi Aisyah :) Jintian, wo xiang xie yige xin de boke wenzhang hehehe first of all, pengakap. So Lencana Maju ada buat buku log Ahli Berkhemah, well utk ahli berkhemah, adalah beberapa ujian dia. Yg first kena berkhemah 12 malam. Walamak aku baru je dua malam hahaha lagi 10 hari tu nak cari kat mane. So kitorg pun bz ah belajar sikit semalam. Kitorg lukis khemah belajar tempat tandas pastu tempat buang sampah ((teori jela)) tapi kan best lah. Pastu dah habis semua istiadat apa apa apa pastu kak Hanim (kakak Ain) ajak ah kitaorg masuk kawad kaki daerah. Banyak advantages dia sebenarnya. Boleh kurus, kalau menang dapat sijil hehehe kumpul banyak2 sikit. Pastu perjumpaan hari koko macam biasa tu tulis jelah nama dalam list kawad kaki daerah perempuan. Mula-mula aku ajak member dorang taknak. Hak eleh sebab boss sorang taknak semua taknak. Dah cadang dah nak masuk sorang je tapi bila bos besar nak masuk semua nak masuk. Takpelah, tak marah pun. Tapi aku takutlah sebab aku bukannya power macam kakak senior lain kan. Harap-haraplah aku dapat ingat semula apa yg aku belajar dulu and mintak otak aku ni dapat serap ah ilmu tambahan lain secepat mungkin hehehe, kakak senior jangan marah-marah eh kalau salah sikit, hahaha! Takpelah marah je, nanti lembik tak semangat, kalah pulak kang kawad tu. Nauzubillah janganlah aku penyebabnya ( kalau ah ). Tapi harap sangat aku ni ada prestasi yang baik kan :) And most of all, goodluck to Kak Hanim and all other candidates PR supaya lulus ujian sikap!

Sekarang nak cerita pasal MUSE. Wahaha sebenarnya minat dari tahun lepas tapi biasalah api K-POP lagi kuat kan.. jadi tak power sangat ah. Tapi semenjak abang gua yang keempat ni balik sini, ya Allah malam-malam strumming guitar pergh orang nak tidur pun tak senang. Jap jap lagu tu lagu ni. Paling banyak tu Muse lah. Tapi A7X pun ada jugak hahaha sekarang layan tu layan lah tapi tak sangat dah. Since aku suka dengar lagu Muse ni, abang ku yg kononnya sifu ((hak eleh sifu lah sgt)) tanya banyak ah pasal lagu Muse so banyak aku tak tau lah kan pastu boleh pulak dia cakap aku ni poser je?! Weh aku baru nak start balik ha yelah pantang kalah nak menang je kerjanya. Hahaha tapi sekarang fav lagu Muse tu Explorers, Supremacy, Knights Of Cydonia, Showbiz, Muscle Museum, Starlight, Unintended dengan Supermassive Black Hole lah. Banyak dah kan? Abang aku ni banyak songeh lah kan bukan aku eh hahaha. 

SOMBONG VS MALU? Apa jadah? Hahaha kalau korang baca mesti korang pelik kan. Takdelah, sekarang ni nak tanya, kalau korang terserempak dgn aku kan, contohlahh... korang senyum tak? Kalau nak lagi drastik tegurlah hai hehehehe laki tak payahlah. Mestilah kan, orang yang action lebih je usha macam nak makan ni. Korang tau tak first impression tu apa? Ha senang ceritalah tanggapan pertama ; apa yang muncul dalam minda kita bila kita tengok orang tu. Kita mestilah nak orang first2 tengok kita ni baik kan walaupun kita takdelah baik mana (( huyoo mengaku )) kan? Lainlah kalau korang ni jujur + tak jaga perasaan orang. At least senyum lah sikit. Ni dahlah taknak senyum, jeling lagi tu. Apa benda ni? Okaylah aku igt kau ni pemalu tahap kuasa tiga jelah okay? Nak kata sombong pulak aku dapat saham fitnah kau. Kalau betul pun kiranya mengumpat. Free-free je dapat. Tak, saya cuma nak tegur je, bagi kebaikan awak jugak. Awak tahu tak, orang beri baik tu balaslah baik. Ni kalau orang bagi baik balas jahat tu zalim namanya. Faham? Dan yang paling bagus, orang bagi jahat balas baik. Atau nama mudah, sabar #notetoself. Amende sekalipun balaslah dgn baik. 

{Orang semua selalu cakap kan, "Don't worry, be happy;" Memanglah don't worry be happy, kalau macamtu your loved ones mati pun don't worry be happy lah? Not saying that this quote is merepek but somehow, everything NEED to be worried. Anak dah makan ke belum, kerja sekolah dah siap ke, tapi bila aku kata EVERYTHING tak semestinya EVERYTIME. Semua benda kena risau tapi bukan setiap masa. Sebab risau ni dia bunuh ketenangan, jadi bila kau jumpa leisure time tu lupakanlah dunia sekejap, baca Al-Quran bagi yang Islam dan yang bukan tu bolehlah bertafakur mengikut agama masing-masing. Nak ringankan masalah pun, kembalilah kepada akarnya, iaitu Allah. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal cewahh hahaha macam Dr. Fadzilah Kamsah!}

Dah habis dah iklan, sekarang ni tiba-tiba tergempar, semalam 8 Mac 2014. Pesawat MH370 hilang dekat Laut Cina Selatan. MasyaAllah, kesiannya ahli keluarga dan sanak saudara mereka :/ Dalam pesawat tu ada dua bayi, dan yang paling ramai sekali ialah yang berwarganegara China. Buat yang mengutuk dan mempersendakan pasal benda ni, bayangkan ahli keluarga awak adalah penumpang MH370 tu. Kita yang tak ada kaitan ni pun berasa sebak bila mendengar berita ni. Semalam aisyah tanyalah Mama "Mama, kalau Aisyah dalam flight tu macammana?" Mama just jawab "Mama buat solat hajatlah apa lagi dah tak boleh buat apa dah" Huh, mak cakap macamtu je? Menangis pun tak ;-; Tapi sekarang ni banyak spekulasi pasal MH370. Tapi didapati bahawa ada dua passport palsu. Sebab dikatakan penumpang Itali dan Austria tak naik? Aik? Kawalan ketat sangat dekat KLIA tu macammana boleh lepas? Sekarang ni banyak kemungkinan, kalau disebabkan external problems dekat flight tu aku boleh terima, tapi kalau ada agenda macammana? Sebab 7/3 ada sesuatu yang menggemparkan Malaysia juga, malas nak sebut. Dan sidang media pukul 1 tadi katanya kemungkinan besar MH370 berpatah balik ke KLIA. Sejauh mana kebenaran itu? Ada seorang wartawan inggeris pergi tanya lagi yakin atau pun tak dgn kemungkinan tersebut tapi tak sempat jawab dan sidang media seterusnya pukul 3. Tapi aku tak tengok. Dan yang paling aku terkejut, dia boleh hilang sekelip mata dari radar, dan setengah jam sebelum hilang, dikatakan co-pilot MH370 ada berhubung dengan co-pilot flight lain tapi memang terputus dan ada jugak statik. Jadi apa masalahnya? Dan sekarang satu dunia sekali lagi risau akan Malaysia. Dan pada tahun 2013, kejadian yang menggemparkan satu Malaysia pun berlaku pada bulan Mac. Coincidence? Hmm entah. Berdoalah banyak-banyak supaya diketemukan MH370. Dalam banyak-banyak yang sedih, adalah satu perempuan Kristian menyalahkan Islam. Katanya melalui Twitter :
"@QueenNigger : Muslims always have to ruin EVERYTHING! First 9/11 now this? Allah will punish you all! #MalaysiaAirlines #MH370 #PrayForMH370"
Nauzubillah, semoga Allah memberi hidayah kepadanya. Jangan contohi dia ye kawan-kawan. Dan ingat, kalau sesuatu berlaku, jangan salahkan agama lain walau agama mana sekalipun, itu bukan cara Islam. Faham? Dan satu lagi pandangan aku, kalau diikutkan pada kuasa Allah, Allah boleh saja sorokkan MH370 @ menutup hijab kitalah daripada MH370. Hanya Allah yang tahu. Tapi jika MH370 ni merupakan penerbangan terakhir Boeing 777-200 ni, all condolences from the bottom of my heart to the family of the MH370 flight victims and Al-Fatihah to the muslims' victims :(

Dah panjang sangat menulisnyaaaa esok sekolah hehe bye. Jazakallah on the next post! :)
p.s No politics because it is quite dangerous.

*today's quote*

Sincerely,

No comments:

Post a Comment

what is your opinion?