"welcome to my blog lovelies :D make sure to only says nice things in my blog okay babe? please scroll down and have fun with my decent blog! love you guys xoxo!"

17 January 2014

New Year, New Things ✿

Well hello everybodehhh, ni memang dah lambat sangat tapi WELCOME TO 2014 hahahahaha sorry lama tak post, busy buat buku pengakap, homework, PBS and everything. Korang apa khabar? ada yg demam? selesema ke apa ke? Orang disini baik-baik sahaja hehehe. 

Okay habis dah mukadimahnya, jadi sekarang apa pendapat korang pasal 2013? Sedih? Gaduh dgn kawan? Girlfriend? Boyfriend? Happy? Well ceritalah sikit. Sebenarnya saya rajin menulis tapi saya tak ada masa itu sahaja.. 2013 bagi saya macam gula-gula sweet and sour. Sedap kan? Ada manis sikit, masam sikit. Haa macam tulah asam garam kehidupan. Hidup kita ni bagai "roda yang berputar, sekejap di atas, sat lagi di bawah". Al-maklumlah fitrah manusia, ada yg dtg utk membahagiakan kita, ada juga yg memberikan pengajaran pada kita semua. Jadi, setiap yang berlaku kita jadikan iktibar dan pedoman dalam hidup kita. Dah dah tahun yang baru jangan sedih-sedih ya? 

Okay, last school holiday, me and my family went for a vacation to Langkawi!!! Haa kali ni pecah rekod keluarga Encik Rahman. Dengan cucunya dibawa sekali. Oleh sebab ramai sgt ikut, kena drive lah. Kalau tidak ambil flight je ni. Kitorg pergi dalam 6 hari lah. Mula-mula balik kampung sat, lepastu pergi Alor Setar sebab ada kenduri kahwin saudara and then baru pergi Langkawi. Hahaha coklat murah-murah semua diangkut bawak balik KL hehehe 

Dah dah tutup pasal 2013. Sekarang focus dekat 2014. Apa cerita awal tahun ni? Budak-budak sekolah semua happy ke sedih bila dah start sekolah ha? Sha hehehe happy kot tapi agak penatlah sebab tiap-tiap hari balik dalam pukul 4.30 lebih kurang. Dak2 DE apa cerita? Ada tukar kelab? Sha cam biasa rumah sukan Jebat, masih lagi pengakap {(for sure!!)}, still bola jaring dan Persatuan Pendidikan Islam.

Masa mesyuarat agung Pengakap, ramai juga yg nak tukar ke pengakap, ha amik kena sound sebab Pengakap 87G ada lencana yg diambil mengikut umur. Nasib baik tahun lepas Sha ambil pengakap ok tahun ni ambil lencana Maju. Masih bercita-cita nak ambil Pengakap Raja tapi kalau dapat asrama masa form 4 nanti hmmm hancurlah harapanku T.T tapi tak apa, "Once A Scout, Always A Scout!" Waktu perjumpaan pertama mmg best! rugi siapa yg tak join Pengakap. Ha main "pisang goreng", "bom haiwan", "laici kang" lah "gumbara" hahahaha

Dan sekolah kitorg ada buat gotong-royong RIMUP, jadi kelas kitorg ambil keputusan nak mengecat. Alahai berus dahlah kecik, sikit pula tu. Jadi ambil masa 4 jam nak buat dinding tepi tu. Kitorg ambil warna kegemaran, mestilah purple hehe tahu-tahu je warna kegemaran Sha. Habis baju kena cat adui tapi mmg bestlah. Tahun 2013, kitorg ada shoot utk program i-THINK, boleh pula time perhimpunan dia tayangkan ish. Nampak sangat aku gemuk ((bukannya saya low-confidence tapi itu mmg hakikat, kan?)) tapi tak apalah, bak kata pepatah Inggeris "let bygone, be bygone

Bersempena dgn sambutan Maulidur Rasul, SMKDE menjemput PU Hafiz hari Isnin depan, jadi jangan jealous uollss hahahaha dan kesimpulan untuk awal Januari, hanya ada setitik pahit buat sekarang namun kemanisan yg dialami tu uish! Sukar digambarkan! Sha jadi lebih bijak, tak nak cerita pasal benda ni di khalayak ramai. Kalau tidak, malu nanti dekat sekolah. Dan cubalah untuk menjadi seorang yg tidak terlalu sibuk dengan hal orang lain. Sesungguhnya, orang tak suka kalau kita bersikap begitu. Adakah menjadi satu nasihat dengan cara menunjukkan keaiban orang lain? Biar dia aib sendiri, tak perlu nak heboh. Ini adalah renungan buat semua orang. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL :)

p.s. Jangan tweet politik, bahaya! -- Selamat Hari Jadi :)
Assalamualaikum dan Jazakallah! 

*today's quote*