"welcome to my blog lovelies :D make sure to only says nice things in my blog okay babe? please scroll down and have fun with my decent blog! love you guys xoxo!"

31 October 2013

Diskusi.

Assalamualaikum uolls, :) lama tak post. Almaklumlah sekarang saya busy dengan PBS. Tapi sekarang saya ada masa :O masa apa? MASA CUTEYYY. Sebab harini cutilah saya nak post.

Minta maaf sekali lagi sebab dah lama tak bukak blog ni *buang sawang* tapi sekarang banyak benda yang terjadi. Pahit, manis, duka, tawa semua ada. And first of all, goodluck for all of the SPM candidates! Do the best memandangkan ini yang menentukan masa hadapan anda. Ingat D.U.I.T. Ingat apa? Bukan duit lah. Tapi |
D - Doa
U - Usaha
I - Ikhtiar
T - Tawakkal.

Ingat, kalau kita hanya berdoa dan tawakkal memang takkan lepas punya! Ia mesti disusuli dengan USAHA dan IKHTIAR :) Dan, saya ingin memohon kemaafan kepada semua orang yang saya pernah buat salah. Tidak kiralah samada zahir hatta batin. 

Hari ini, saya ingin berdiskusi tentang akaun sosial yang wujud pada zaman kini. Contohnya "Sampah Remaja KL" , "Perosak Bangsa" dan juga "Mohon Clash". Sekarang ini, ada dua pihak. Ada yang menyokongnya dan juga sebaliknya. Mengapa sebaliknya? Mungkin mereka berada dalam golongan yang disebut oleh akaun sosial tersebut. Wahai teman, tidak salah untuk memperjuangkan hak anda. NAMUN, sila semak balik siapakah yang berada di pihak yang BENAR. Ya! Saya akui! Akaun sosial tersebut juga ada kesalahannya sendiri dimana 'lack of manner' kerana mengambil hak gambar orang lain dan ia dikira sebagai MENCURI! TETAPI, ia merupakan satu cara berdakwah. Ya, kita boleh berdakwah dengan menggunakan contoh buruk bagi menjadikan ia satu iktibar dan pedoman kepada insan lain. Tetapi perlulah dirahsiakan identitinya bagi menjaga maruah pemilik tersebut. Kepada akaun-akaun sosial tersebut, saya menyokong anda tetapi perlulah menjaga maruah orang lain juga. Haters menyifatkan bahawa mereka membuka aib orang lain, disini terbukti bahawa kedua-dua pihak adalah salah. Pihak pemilik menyebarkan gambar-gambar aibnya dan pihak akaun menunjukkan kepada khalayak ramai.

Jangan risau, kes ini pasti selesai. Dalam apa pun masalah, kita kena betulkan akarnya iaitu punca yakni sumber. Kepada pihak pemilik, berhentilah menyebarkan aib sendiri. Anda melihatnya sebagai suatu kebanggaan, namun tidak bagi orang lain. Bertaubatlah kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Seterusnya, sahabat. Sahabat kita janganlah bergaduh. Tahukah anda, ada sebuah golongan syaitan yang bernama Zalnabur. Dia suka melihat pemecah-belahan antara makhluk-makhluk. Dan terutama sekali pasangan suami isteri, tetapi itu lain cerita. Sahabat, andai aku ada mengutukmu, maafkan diriku, syaitan menguasai diriku, bagai nak rak. Sekiranya aku mati, maafkan aku.

Kakak, masih marah pada saya? Apa yang saya perlu buat untuk meredakan kemarahan kakak. Saya terima :)

Oh yes, lagi satu. Saya baru habis periksa, agak-agak berapa markah? Hehe jangan terkezut BA - 60% hahahaha Geo mesti B. PBS ada, periksa pun ada. KPM ohh KPM.

Okay bye. Jazakallah :)