"welcome to my blog lovelies :D make sure to only says nice things in my blog okay babe? please scroll down and have fun with my decent blog! love you guys xoxo!"

14 December 2015

It's the End.

14-Dec-15, 5:44 PM, Monday
What's ending? Yes, the year's is ending. It's nearly 2016, tapi aku baru je 15 tahun weh hahahaha okay this time aku cuba nak tulis secara casual, maksudnya macam nilah main campur-campur bahasa je hahahah so actually memang dah lama nak tulis satu entri yang bebas nak luahkan perasaan. Format perenggan pun takde okay, so basically post kali ni nak sembang tahpape je sepanjang 2015 ni ha, kalau taknak baca tu ha kat atas tu ada x kecik hahahahha boleh tekan kat situ pastu selesai masalah.

So kita mulakan flashback kita dengan bismillah! Jom naik time travel ha. Okay jom! And reminder, my flashback is based on photos in my phone, sebab aku ni makin tua kot, semua dah lupa.

JANUARY
First day sekolah, rasa sedih sebab dah last year 3KAA kan, tapi rasa nervous lah sebab tahun ni lah pt3 kan, semua kakak abang kata ready siap2 dari awal tahun. Bila dapat kelas dekat blok A, rasa best gila-gila sebab dah biasa dengan blok tu kan, tapi sedih satu la sebab dah takde crush aku nak usha haa tapi itulah yang menyebabkan aku fokus dalam kelas :') (sorry not sorry) . Tapi waktu ni hidup aku stabil lagi, dan berharap stabil sampai akhir tahun, berharap jelah wahahahha, malam2 study, petang pergi koko, memang baik betul lah. Paling takleh lupa bila aku, Aisya, Iqa, Ain buat eksperimen rongga toraks, main tiup2 belon kat rumah Aisya (emoji gelak sampai nangis). Waktu ni buat Key Lime Pie untuk girlfriend abang aku (sekarang kakak ipar aku la), but it worth every penny la because she's one of my family member now :D 

FEBRUARY
Waktu ni dah terasa stress pt3 sebab cikgu semua asyik ingatkan je "PT3 lagi 7 bulan" hm. So waktu ni kitorang banyak selfie. Tahun ni kitorang start rapat dengan member lelaki dalam kelas. Eh bukanla, rapat dengan semua member, sebab apa? Sebab ni last year, lagipun asyik gaduh je tak best. Alhamdulillah semua dah kenal perangai masing-masing kan, bila teringat perangai waktu form 1 dulu rasa nak gelak terbahak-bahak je ha. Waktu ni first time aku pergi ikea, yep, memang lahir kat KL, so jalan2 kat KL jelah tak pernah sampai Damansara haha. 

And time ni aku jumpa chinese family mak aku yeay! For those who don't know, I'm Chinese-Thai-Malay, more to Chinese-Thai-Banjar sebenarnya tah tetiba lahir2 kat sijil lahir tulis melayu pulak hahaha, aku jumpa pakai facebook je, time tu ngengada cakap kat mama "kalau jumpa adik beradik mama, nak buat apa?" Actually, mak jadi anak angkat sebab mak lahir kepala dia menghadap atas so org Hakka percaya kalau diorg jaga, baby tu mati, so grandparents aku bagi kat orang Melayu sebab org Melayu sayang kat anak depa, dulu kan org Cina susah so budak2 kena paksa kerja, atuk aku pun tak sanggup la nak bagi anak kat org pastu kena kerah kerja. 

MARCH
So bulan ni, abang aku tunang, ha yang baru kahwin tulah. Waktu tu, dia ni lain sikit la dari ex abang aku semua, semua gunakan aku, aku yang naive ni layan jela dorang kan hahaha but she's good, I like her :) waktu ni aku baru start my backup ig. Seronok sebenarnya sebab boleh main post je apa ko suka, korang cuba la buat satu, dia jadi macam canvas, so you can express your heart without disturbing people. Sape yang follow tu sape suruh, habis ig kau penuh dgn aku (hahahaha gurau je). 

Waktu ni  kitorang kena tukar tempat, buat empat meja, first memang bantah la sebab jauh dari iqa, aisya, waktu ni aku tak rapat lagi dengan afifah, rapat pun sebab kitorang balik sama2. Time bulan ni la kitorang buat gallery of 3KAA kat belakang kelas tu, gigih weh, aku bawak kamera pergi sekolah tangkap gambar, send dekat Afifah sampai hang la wechat lepastu hantar kat kakak polaroid satu RM3 pastu dorang beli klip, tali semua. Sebab tu kitorang kunci kelas^^ (lagipun kitorang simpan buku bawah meja). 

Kitorang ada seminar arab pt3 dekat UIA, it's a good opportunity tho, memang pakai biasa je jubah and bawal lepastu afifah datang lambat and selekeh so dia betulkan tudung kat tandas sekolah maybe sejam kot, pastu bas datang, aku call afifah tak dapat, jadi terpaksa lah aku berlari mencari dia, Afifah kalau kau baca ni, inilah pengorbanan aku nak selamatkan kau dari tertinggal sampai tudung aku sendiri barai :') kau kena ingat :') Serious best gila kat UIA, main selfie2, and ustaz tu bagi ceramah pun berkesan menaikkan gred arab ku yang time form 2 asyik B je.

Waktu cuti penggal, aku pergi Bandung! Saja ikut mak aku dengan sekolah, serious lah satu pengalaman baru kot kat tempat asing, kalau nak cerita pasal Bandung ni kena amik entri baru la sebab ni bulan mac punya pun tak settle lagi tapi nak comment sikit pasal tempat solat dia minta maaf lah ye tapi tolongla asingkan lelaki dengan perempuan, aku pun taktau camne nak pakai tudung lepas bukak telekung hahahahah hm tolonglah ye, aurat ni kena jaga elok2, aku mintak maaflah aurat aku pun kadang2 tak terjaga lagi2 lengan tu hm insyaAllah cuba perbaiki.

Akhir bulan Mac ada merentas desa, aku taktau la otak aku ni merepek apa nak join merentas desa hahaha bila tengah lari tu baru menyesal di tengah jalan. Tapi aku tak suka tak siapkan kerja, jadi larilah sampai penghabisan, mula2 nak lari dgn kawan tapi stamina aku tak sama dengan kawan, kejap dorang laju, pastu aku laju dan seterusnya hahahaha

APRIL
Waktu ni Kfans baru bukak kat Selayang Baru, mulanya taknak pergi tapi tengok Mira pergi macam best je, jadi kami pun terpengaruh la pergi mulanya pergi minum air je, lepastu ada karnival kat sekolah, sumpah karnival paling tak best aku pernah pergi, sorry jujur, yelah karnival apa tah pun taktau ha so gerak la pergi lah ke Kfans, nak try la ramyeon yang sedap tu kan, pastu kakak Ain datang, one lesson for us, jangan makan dekat kedai bukan Islam, kalau dah desperate sangat pergi travel tu tak boleh nak buat apa lah ye tapi elakkan la, aku nasihat ni sebab kita taktau tangan orang yang buat makanan kita tu bersih ke tak. Jujur, aku makan sikit ramyeon tu, memanglah tak kata haram tapi yang buat makanan tu bukan Islam, aku pun taktau kenapa aku tak ingat kalau nak makan pun kat kedai tu dekat dapur dia mesti ada sekuarang-kurang dua orang Islam. Bab-bab makanan ni kena hati-hati ye kawan. Bukan nak corruptkan business orang tapi peringatan sesama muslim :)

First meet dengan chinese family, memang sorang ni sama gila muka dengan mak aku, but I'm happy to see them together, of course la yang paling happy tu uncle aku, aku pun happy jugak sebab akhirnya aku tau sape sebenarnya family aku, I mean, I get to know my real cousin and so all, Alhamdulillah.

Waktu ni camp pengakap dekat sekolah, kem lencana so kitorang lencana jaya lah kan, best jugak first time jaga malam (memang jaya kena buat rondaan malam) tak mandi tu mmg biasa la camping kan, pastu masak lagi, kalau nak citer pengalaman hidup aku ni haa esok pun tak habis kihkihkih tapi masak nasi, nasi hangit la hahaha pastu yang paling best bila time game, dorg sampai hati simbah dengan air kotor, tapi tahun ni tak masuk longkang so agak kecewa sikit la, sikit je.

MAY
Aku dengan Mai dapat masuk Kuiz Ilmu Wahyu peringkat negeri so memang lah susah pastu time second round tu beza satu markah je kalau tak kitorang dah dapat masuk final round :'( Takpela rezeki sampai situ je hahahaha tapi mmg best la kan sampai ke Shah Alam pergi, dgn baju kurungnya semangat betul.

Bulan May ada camp PT3, sebelum cuti la kan, so hari jumaat petang tu terus pergi camp, malas gila kot tapi time petang tula kitorang ambik gambar kenangan berenam tu hahaha ala yang semua pakai baju hijau tu, kelas 3KAA girls conquer bilik PAFA tau sebab rapat dgn ustaz kot, bersyukurla sebab ada tempat yang selesa nak tukar baju. Esoknya tu satu hari duduk sekolah, penat gila tak suka sebenarnya duduk dalam dewan lama2, mikrofon dia tu hm sakit kepala.

JUNE
Waktu bulan puasa dah start dah pt3 Geografi, hari dia bagitau kena buat apa, cepat2 buat borang soal selidik, petang tu terus gerak BBS semata-mata untuk Geo, dengan terik bulan puasanya, terpaksa tebal muka tanya semua orang, memang kerja gila la, jalan tengah2 panas, kitorang kan kelas KAA, so kena cari 20 orang, haritu hari kerja, ketuk pintu rumah orang pun manada orang jawab ko.

Waktu ni kitorang dapat tahu Ustazah Azian nak pindah, sedih gila weh sebab dia ajar baik gila, layan je perangai gila-gila kitorang, jadi aku dengan Aisya nak beli hadiah, ala dekat Selayang Mall je, bincang punya bincang, naik motor sebab teksi mahal, gila la dahla Aisya takde lesen, tengah puasa pulak, pergi Selayang Mall and beli hadiah, time balik lalu Selayang Mutiara ada polis dekat bazaar Ramadhan, nasib kitorang memang baik, time lintas tu polis tengok phone, kitorang dah nervous dah tapi Alhamdulillah lepas :')

Waktu PT3 Sejarah memang stress nak mati, hidup aku dah tak stabil at this point, punyala draftkan laporan pastu cikgu kata salah, kena tulis tangan ye semua, bukan type. First time pergi Perpustakaan Negara, kalau tak aku tak pernah pergi, first time bukak buku dari zaman bila tah, phone aku pulak terjatuh, nasib baik phone buruk, org hantar la kat counter, ALHAMDULILLAH weh. aku bersyukur sangat.

JULY
Bulan puasa ni pun ada exam KKQ, tulah aku tengah tunggu result dia, Alhamdulillah la qiraat aku dapat yang senang2, hafazan pun senang2, tarannum je ada lari pitch time harakat keempat tu hahahahha pastu ada lah bukak puasa kat sekolah untuk tingkatn 3 dengan 5 je, dulu waktu form 1 hanya untuk kelas KAA sahaja tapi kitorang tak pergi, then kena marah dengan ustazah azian hahaha ingat lagi time tu ingatkan ustazah garang :')

Aku bukak puasa kat luar dua kali je, waktu pergi dengan LG amd wani, kitorang tengok the minions dulu, aku pelik asal tak beli popcorn rupanya puasa hahahhaha lupa :') Pastu bukak puasa kat NU Sentral apa lagi Kimchi Ramen la gaiss hahaha and second one kt Secret Recipe BBS dengan iqa, aisya, syaz saja je mengada kan hahahaha, sebab bukak puasa kelas aku tak pergi.

And nak raya tu, diorang main lukis2 inai and first2 main2 je pastu dorang nak buat betul2 so Nadiah, Iqa, Aisya, Afifah sanggup datang kat rumah aku buat inai, alhamdulillah la walaupun aku sakit tangan tekan inai tu dengan main ikut kat handphone je bantai je tapi jadi cantik jugak hhahahahaha well tengokla sape yang buat ;) semua ingat buat kat kedai hahahaha aku nak bukak kedai sorry la tak terdaya huhuhu.

Raya first day kalini paling bosan dibandingkan tahun2 sebelumnya, even though buat ketupat palas malam sebelum tu tapi memang bosan, luckily kawan aku datang beraya sebab iqa nak makan lagi spaghetti aku and akmal tak percaya aku pandai masak, haish these two ==' then kitorang nak pergi rumah mus pulak but due to many passengers, kitorang naikla bas hahahhaha bas tu kitorang punya sebenarnya hahahaha takdela saja je, pastu pergi rumah mus sedap betul soto dengan bakso mak dia perghhh nak bawak mak mus balik rumah boleh tak?

AUGUST
Aku masuk pertandingan solar cooking and trust me, stress gila buat menatang tu, dah cantik dah kot buat pakai cardboard memang efficient la pastu pada hari pertandingan.... angin yang kuat telah menjatuhkannya hmm ffs. takde rezeki la tu maksudnya hm semua tu kan di tangan Allah. Dapat sijil pendaftaran pun jadilah kan? Tapi gagap depan juri tu yang takleh blah tu hahahahaha

Sekolah buat jamuan raya weh! Yeayyyy hahahaha time ni last tangkap gambar kelas, aku rasa menyesal pulak pakai baju tu, tak cantik pun sha hhahahahahah tapi aku kisah apa cantik ke tak, hidup aku ni memang agak bercelaru kan? :)

Abang aku nikah pada bulan ni! Tak tipu, kakak ipar aku memang cantiklah *two thumbs up* Yeayy dah dapat kakak ipar baru! Tak lama lagi dapatla anak buah baru wahahahha kumpul anak buah banyak2 kau ingat dorang tu patung ke. Yelah aku taktau sempat nak ada anak ke tak :')

SEPTEMBER
My mom was hospitalized at Hospital Ampang sebab apa? Sebab dia tak boleh cerita kat public sebab orang tak faham but she was diagnosed with cancer sejak awal tahun so dia start chemotherapy at mid-Sept. Nak kata stress tu sikit la sebab lagi sebulan nak exam kan tapi takdir Allah itu pasti and kita kena redha dengan apa Allah bagi kat kita :)

Reception abang belah kitorang pulak! Since mama takde, our family was so busy, memang tak cukup tanganla time kenduri. Sorry la sesiapa yang aku lupa nak ajak, especially haziq and hanisah sebab korang kan jiran so aku expect korang dah dapat kad tu hm, so sorry. Yang geramnya bila sambut tetamu dia salam aku pastu dia cari mana tuan rumah. Oi! Yang awak salam tu sape? hahahahah manusia biasalah banyak kekhilafannya.

OCTOBER
Anak buah kita lahir! Sorang tu sama birthday dengan Aced, sorang lagi sama birthday dengan Ain! Alhamdulillah sorang lelaki sorang perempuan. Anak ni rezeki dari Allah, and I was so happy to have new addition in the family despite mom's health condition and exam yang sejengkal je lagi hahahahaha makin meriah la, aku dah dapat title maksu kali ketujuh dah ni hahahaha.

Seminggu sebelum exam, dapat call (cehh dapat call), cikgu cakap aku dengan fathmin kena jadi kakak angkat budak dari Bandung, first aku taknak sebab next week PT3 weh! Ko gila ka? Tapi sijil antarabangsa so, taknak la lepaskan peluang kalau boleh, so hari Isnin yang patutnya sekolah tapi cuti sebab jerebu. So event pagi kat sekolah then pergi Selayang Mall petang main bowling, aku dahlah tak reti. Esoknya pergi KL pulak, aku memang ambik risiko gila ah, boleh pergi KLCC jalan2 hahahahaha takpe ikut jelah kan sebab kita dah janji.

Exam went well Alhamdulillah, aku cuba hafal doa tu tapi time BM jelah pastu math aku dah terpanik terus lupa. Ya Allah aku dah nak demam tau lepas jawab math. Yang senang sikit dari expectation tu English la Alhamdulillah la Allah banyak bantu aku time periksa walaupun aku sedar aku ni hamba yang hina, kita lagi kenal diri kita siapa kan...

(favourite memory ever)
Few days after pt3 actually birthday aku, satu hari, dorang semua left group yang aku buat, aku tak syak apa2 so aku pun left jugakla sebab dorang kata dah tak guna kan, pastu Ain dengan Afifah palau aku. Aku sedih sangat, aku teringat ni aku nak nangis sebenarnya. Aku tanya Aisya denga Iqa kenapa tapi dorang taktau asal. Aku call adik dengan abang Afifah kata dia sakit perut, pastu aku call Ain kakak dia kata dia tengah sidai kain? Ape benda la sidai kain tengah2 malam. Kat sekolah (hari birthday aku) dorang tak layan aku, ish sakit hatinya time tu. Kenapa diorang tak layan aku? Diorang dah menyampah kat aku la tu (perempuan + overthink memang biasala) takde sorang pun ingat birthday aku. Aku simpan je dalam hati. Takkan nak teriak depan kelas kata haritu birthday aku kan? dorang bincang pun tak ajak aku, takkan aku nak mengada pergi join kan, dah orang tak suka hahahhaha pastu Zul tetiba tanya, "Eh korang nak makan pizza eh petang ni?" Aku dah excited pastu aku tanya Aisya pastu Aisya kata "takdelah, memandai je zul ni" so aku taknak pasang harapan tinggi sangat sebab dah biasa kena tipu dengan harapan ni. Hahahaha petang tu actually nak buat pbs pastu Aisya whatsapp kata Ain tak datang, so buat bertiga jelah, Aisya amik aku kat rumah naik motor, time tu dah renyai, habis basah weh baju kitorang, kesian pulak kat Aisya datang semata-mata nak amik aku. Then dah sampai, aku pelik tengok sliding door Aisya tutup pakai langsir, aku pun masuk jelah tanpa syak apa2. And guess what? DIORANG BUAT BIRTHDAY PARTY UNTUK AKU :'))))))))))))) AKU TAK PERNAH RASA DISAYANGI OLEH KAWAN CAMNI WEH AKU NAK NANGIS NI aku terharu gila, dorang order pizza, shoutout to IQA, SYA, AIN, POT, MUS, MAL, ZIM, IZZUDDIN, sanggup en korang spend untuk aku, hujan2 tu, YOU GUYS ARE THE BEST! Tak lupa korang yang wish aku tu Zatul, Alia, Nurul semua Alya, Zulfa thanks lah gais, maybe aku tak suka birthday, tapi aku suka attention dari kawan aku, jujurlah. Ni pengalaman yang akan aku ingat sampai mati, aku janji :')

NOVEMBER
Sekolah rendah kitorang ada buat karnival, so far okay la karnival untuk sekolah rendah, budak2 bestla, kitorang ni beli makanan jela. Then mintak punya mintak kunci kat cikgu Hatta, dapatla masuk bilik muzik, acahnya nak practice untuk show hari Jumaat tapi aku tau aku takleh join tapi saja mengimbau kenangan lama main melodian semua :) Reunion LG tapi Dyba dengan Amni takde so macamtu jelah kan haa

Mid-november, aku ambil exam UKKM, untuk masuk MRSM. First aku apply kat KKB sebab dekat, tapi entah tiba2 error pulak nak hantar permohonan, terpaksala tukar pergi amik kat Seremban. Nak dijadikan cerita, aku lupa bawak kalkulator, dah masuk Negeri Sembilan dah weh?!?!? Hahahahaha Anis Aisyah pulak amik exam haritu, aku exam esok, memang Allah dah aturkan aku untuk pinjam Anis punya kalkulator hahahah thanks Anis :) Stay kat Seremban tak lama, petang tu makan kat hotel, hm harga dia serupa makan empat orang :') Jadi sebelum maghrib aku dgn kakak aku jog pergi beli A&W hahahahah punya desperate nak survive.

 Bila dah habis exam keesokan harinya, aku terus balik KL sebab nak tengok mama dekat hospital, lepastu alang2 pergi rumah Anis hantar balik kalkulator dia, yelah dah pinjam orang punya kan. Pastu dia kata kelas 3KAA pergi makan kat Domino's, gila lah pastu pergi rushing kat Domino's BBS pulak hahahaha nasib baik dorang tinggalkan pizza sikit. Then kitorang pergi NOTA Cafe for the first time yang membuatkan Aisya jeles sebab dia takde kat Selayang hahahahaha next time kita pergi ye sya.

DECEMBER
Aku cerita dekat pipah yang aku baru rasa Ramen Korea yang pedas nak maki tu hahahaha so diorang excited nak try, memang dah cadang nak main tudung2 dah so Iqa, Aisya and Pot je datang sebab Ain takde kat KL, hahahah kelakar gila Aisya rakam pakai SJCam dia, tapi memang pedas la, rasanya haritu paling best buang masa kot sebab masing-masing dah pisyang kat rumah.

Satu hari Aisya ajak aku pergi jogging dengan Mus, tapi Mus bangun lambat pulak so pergi la jogging berdua, kitorang jog dekat jalan nak pergi SKBBS je. Parents aku punyalah risau takut kena culik and so on, tapi bagi jugak, and yep, first time jumpa mak crush kita real life hahahahahha dia punya excited tu jerit secara diam dekat Aisya hahahahaha tak sangka rupanya stamina aku tak berapa nak kuat tapi sebenarnya masalah lain hehehe. p/s : PMS.....

Harini ambik result pt3, Alhamdulillah untuk 3KAA, walaupun takde pun yang dapat 11A tapi kita dah buat yang terbaik kan? Segala yang kita alami selama 3 tahun ni, tahun ni kan yang paling aman? Mungkin aku bukan orang yang baik, tapi aku berterima kasih sangat dapat kawan kelas yang gila2, takde sape pun boleh gantikan korang weh. Aku mungkin emo, complicated, garang, kelakar, nerd and so on, tapi korang boleh terima aku, jadi aku bersyukur sangat tau :') And to my LG, kalau ada apa2 mesti kita selalu compare sekolah masing2 hahahahaha